Monday, April 4, 2011

My SUPERHERO!

Setiap insan pasti mempunyai seorang ayah.
Ayahlah orang yang paling memahami hati dan perasaan anaknya.
Aku punya ayah yang sangat baik peribadinya.
Ayah ku bernama Rosli bin Abu. 
Ayah telah dilahirkan pada 28 Ogos 1962.
Ayahku seorang yang berpewatakan ceria, peramah, bijak dalam semua perkara dan tegas dengan pendiriannya. 
Pendek kata, ayahku jenis yang mudah didampingi dan disenangi oleh ramai kenalannya. 
Walaupun begitu, aku tidak sempat untuk mengenalinya lama.
Ayah telah pergi berjumpa dengan penciptanya seusia ku 20tahun.
Kini yang tinggal hanyalah kenangan ku bersamanya.
Pesanan ayah senantiasa menjadi pembakar semangatku.

Terima kasih ayah kerana telah banyak mengajar ku erti kehidupan. Walaupun hanya seketika, namun pengorbanan dan jasamu akan ku kenang sampai bila-bila. Kau telah meninggalkan ku dengan ilmu yang banyak sebagai bekalan. Akan ku patuhi dan turuti segala tunjuk ajar mu. Sesungguhnya kau insan yang sangat istimewa dalam hidupku. Kaulah "SUPERHERO KU"

No comments:

Post a Comment